Kisah DANG ANOM
" Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit " dan " Filem Dang Anom
Disediakan oleh :
- NUR SYAFIQAH BINTI ISMAIL
- FATIN NABILAH BINTI GHAZALI
Tugasan diberikan oleh :
- ENCIK OUMMAR NOR AMAN BIN OTHMAN
FILEM : DANG ANOM (1962)
Sipnosis (Ringkasan)
Sang
Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah di
Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana,
beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau (Dang Anom), yang
dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai
gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri,
seorang panglima (Panglima Malang). Kerana taat atas kehendak sultan, Sang
Rajuna Tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hati nya remuk mengenangkan
nasib yang menimpa. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundik kesayangan
sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain
dan sang permaisuri.
Untuk
dipendekkan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di
istana secara senyap untuk berjumpa dengan nya. Saat ini lah yang ditunggu
tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya
untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling
kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai. Sang Rajuna Tapa rebak
mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan
yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke Betara Majapahit
untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, Sang Rajuna Tapa
membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasukan Majapahit untuk
menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut
pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna
Tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka
berdua bertukar menjadi batu.
Sipnosis
(berdasarkan cerita “Dang Anom 1962”)
Filem Dang Anom merupakan sebuah filem melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1962. Filem Dang Anom diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Dang Anom diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1962.
Alkisahnya,
Dang anom keluar bersama dengan kekasih hatinya yang bernama Malang, sedang
mereka keluar bersama dan berehat seketika ada seorang perempuan yang ditangkap
oleh pengawal sultan untuk dibawa ke
istana. Perempuan itu meronta-ronta untuk dilepaskan dan kejadian tersebut
berlaku di depan mata mereka. Malang memberitahu kepada Dang Anom supaya tidak
masuk campur akan urusan tersebut dan melihat dari dalam semak. Tiada seorang
pun yang berani melawan perintah sultan, jika ada pun akan berlaku pertumpahan
darah.
Perempuan
itu bernama Kintan, dia dibawa ke istana untuk dijadikan gundik sultan. Kintan
merayu kepada Sultan supaya membebaskannya dan mengizinkannya pulang ke kampung
akan tetapi Sultan tidak termakan rayuannya malahan memujuknya dengan memberitahu
bukan senang orang kampung sepertinya dapat tinggal di istana dan sultan pun
menyuruh gundik-gundik yang lain menyiapkan Kintan menjadi cantik dan bawa ke
biliknya.
Sejurus
itu, Permaisuri datang mengadap Sultan dan memarahi Sultan kerana terlampau
mengikut nafsunya untuk mengambil gadis-gadis cantik di kampung untuk dijadikan
sebagai gundik di istana. Pada masa yang sama Permaisuri sangat terkilan kerana
Sultan hanya menjadikannya sebagai boneka dan cemburu akan suaminya yang sering
didampingi oleh gundik-gundik istana itu.
Tok
guru memberitahu kepada anak muridnya, sekiranya sesiapa yang menang dan
menyerlah dalam pertarungan ini akan dibawa ke istana untuk menjadi panglima
dan Malang memenangi pertarungan tersebut. Malang dibawa ke istana oleh Tok
guru untuk diuji di depan Sultan sebelum diberi anugerah sebagai panglima.
Datuk Bidasura bertarung dengan Malang dan akhirnya Malang menang dan
dianugerahkan darjat Panglima istana.
Datuk
Bendahara mengadap Sultan untuk memberitahu bahawa kapal Majapahit datang
berlabuh di Singapura dan khabaran dari Laksamana mengatakan bahawa Majapahit
datang membawa utusan kepada sultan iaitu memberi cenderahati sebagai tanda
mengeratkan silaraturahim antara Singapura dan Majapahit.
Sultan membuka hadiah
dan mendapati ada gulungan getah yang dijadikan sebagai kalung akan tetapi
Sultan merasa terhina dengan hadiah tersebut dan menggap Majapahit menghina
Sultan. Sultan membuat keputusan dengan mencukur rambut seorang budak dan
menghantar rambut tersebut kepada Majapahit sebagai tanda peringatan sekiranya
Majapahit bertandang ke Singapura dan akan dijadikan seperti rambut yang
dicukur itu.
Datuk Bendahara memberi pendapat kepada Sultan yang firasatnya
akan berlaku peperangan diantara Majapahit dan Singapura akibat balasan yang
diberikan oleh Sultan. Datuk Temenggung memberi cadangan dengan menghantar
jentera mereka ke Pulau Riau untuk melumpuhkan angkatan jentera Majapahit.
Sultan menyuruh Panglima Malang untuk mengetuai kumpulan pertahanan jentera
Singapura di Pulau Riau. Semua bersetuju akan Panglima Malang mengetuai jentera
pertahanan itu kecuali Datuk Bidasura.
Panglima
Malang berjumpa dengan Dang Anom di persisiran pantai untuk memberitahu bahawa
mereka harus berpisah seketika kerana dia akan pergi mengetuai jentera pertahanan
di kepulauan Riau. Datuk Bidasura datang berjumpa Permaisuri di taman setelah
melihat Permaisuri kesepian seorang diri mengenangkan nasibnya yang malang.
Datuk Bidasura memujuk Permaisuri dengan mengatakan dia sudi mengantikan sultan
di hati permaisuri dan permaisuri menerimanya dengan memberi arahan untuk
membunuh gundik yang bernama Kintan. Datuk Bidasura menerima arahan permaisuri
dengan mengambil Kintan sewaktu tidur dan meletakannya ke atas perahu dan
dibuang ditengah lautan.
Seorang
pahlawan pulang ke Singapura dengan membawa khabar berita yang sangat
mengembirakan dengan kemenangan Singapura ke atas angkatan Majapahit, sedang
rakyat membawa pahlawan tersebut ke istana, Dang Anum mengikut dari belakang
dan tanpa disedari dia sudah berada di kawasan istana dan Sultan telah melihat
kecantikan Dang Anum dan terpikat.
Dang Anom melarikan diri tetapi gagal kerana
pengawal sudah menangkapnya dan Dang Anom terpaksa mengadap sultan dan
memperkenalkan dirinya. Sultan tidak menyangka bahawa perempuan itu adalah anak
kepada Sang Rajuna Tapa. Sultan berjumpa dengan Sang Rajuna Tapa untuk
memberitahu akan hasratnya untuk memiliki anak perempuannya itu, Sang Rajuna
Tapa tidak dapat memberi keputusan dan meminta masa kepada sultan untuk
berfikir akan tetapi Datuk Temenggung dan Datuk Bidasara menghasut sultan
dengan memperluaskan kuasa Sang Rajuna Tapa sekiranya dia menyerahkan anaknya
kepada Sultan.
Sang
Arjuna Tapa berbincang bersama isterinya akan nasib Dang Anom. Mereka tidak
dapat melawan akan perintah Sultan dan terpaksa merelakan anak mereka menjadi
gundik. Datuk Temenggung datang ke rumah Sang Arjuna Tapa untuk mengambil Dang
Anom ke istana. Dang Anom terpaksa mengikut Datuk Temenggung demi menjaga
maruah ibu dan ayahnya.
Permaisuri tahu akan khabar berita ini dan datang
mengadap Sultan kerana ketidakpuasan hatinya terhadap sultan. Sultan tidak
melayan akan permaisuri dan terus ke bilik Dang Anom. Permaisuri datang secara
senyap ke bilik Dang Anom dan berasa sangat sedih dan sakit hati dengan apa
yang Sultan lakukan.
Panglima
Malang pulang ke Singapura setelah menghapuskan segala angkatan Majapahit di
Pulau Riau dan datang mengadap sultan untuk membawa khabar berita tersebut.
Sultan sangat gembira dan membuat majlis untuk meraikan kejayaan Panglima
Malang. Panglima Malang sangat terkejut apabila melihat Dang Anom bersama-sama
dengan gundik diraja.
Dang Anom berasa amat sedih sekali apabila melihat
Panglima Malang. Panglima Malang berasa amat marah dan meninggalkan terus
istana dan pergi ke rumah Dang Anom untuk mengadap bapak Dang Anom iaitu Sang
Arjuna Tapa untuk mengetahui cerita yang sebenar. Panglima Malang sangat marah
akan sikap Sultan yang mengikut hawa nafsunya itu dan bertindak akan melawan
Sultan demi rakyat jelata.
Permaisuri
yang tidak berpuas hati dengan ada nya Dang Anom di dalam istana telah memarahi
dan memukulnya ketika Dang Anom sedang bersendirian di taman. Setelah
permaisuri pergi, gundik-gundik yang lain datang kepada Dang Anom dan
memujuknya. Dang Anom meminta tolong kepada gundik untuk menyerahkan pesanan
dia kepada Panglima Malang supaya datang berjumpa dengannya. Datuk Bidasara
yang mengetahui perjumpaan gundik (Dayang) bersama Panglima Malang itu telah
menyerang gundik (Dayang) untuk memberitahunya perkara sebenar dengan mengugut
untuk membunuhnya.
Datuk
Bendasura datang mengadap Permaisuri untuk memberitahu akan rancangannya untuk
menjatuhkan Dang Anom. Pada Malam itu, Dang Anom berjumpa dengan Panglima
Malang tetapi telah ditangkap dan difitnah oleh Datuk Bendasara dan membawa
mereka mengadap Sultan. Permaisuri dan Datuk Bendasara menjadi penghasut kepada
Sultan untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka berdua. Sultan menyuruh mereka
dipenjarakan di dalam istana dan diseksa.
Panglima Malang diikat dengan tali
dan ditarik tangannya disebelah kiri dan kanan dan meletakan serangga iaitu
semut api ke badannya. Tetapi Sultan menghentikannya dan mengarahkannya ke
penjara gelap. Sultan berjumpa dengan Dang Anum di penjara dan menghasut Dang
Anom untuk menipu akan kejadian tersebut di khayalak ramai supaya dapat
menyelamatkan nyawanya akan tetapi Dang Anom tidak mahu.
Sang
Arjuna Tapa mengetahui akan perkara tersebut memohon keampunan bagi pihak Dang
Anom dan Sultan tidak memperdulikannya. Sedang Sang Arjuna Tapa berbincang
dengan isterinya, datang dua orang yang mewakili Majapahit berjumpa dengan Sang
Arjuna Tapa untuk memberi cadangan kepada Sang Arjuna Tapa untuk bekerjasama
dengan mereka bagi memusnahkan Singapura dan Sang Arjuna Tapa akan mendapatkan
wang emas dan perak dan pada masa yang sama Sang Arjuna Tapa akan mendapat
kembali anaknya yang ditahan di istana sebagai hadiah sekiranya Sang Arjuna
Tapa bersetuju.
Disaat
Dang Anom dan Panglima Malang diikat di
tengah padang untuk menerima hukuman bunuh, Sang Arjuna Tapa memohon sekali
lagi keampunan kepada Sultan akan tetapi Datuk Bendasara tetap menghasut Sultan
agar tidak memperdulikan rayuan Sang Arjuna Tapa itu. Panglima Malang
dijatuhkan hukuman dengan dibunuh dan Dang Anom dijatuhkan hukuman dengan
bersula.
Untuk memberi lagi keadilan kepada Panglima Malang, Sultan menyuruh
Panglima Malang beradu tenaga bersama Datuk Bidasura dan siapa yang menang
itulah yang benar. Tetapi Sultan tidak berlaku adil dengan menyuruh hamba yang
lain menghalang Panglima Malang dari membunuh Datuk Bidasura dan Datuk
Bidasura yang membunuh Panglima Malang. Setelah Panglima Malang dibunuh, sudah
tiba masanya Dang Anom untuk dibunuh.
Ibu Dang Anom datang dan merayu kepada
Sultan supaya mengugurkan hukuman tersebut akan tetapi Sultan telah membunuh
Ibu Dang Anom. Sultan
masih lagi memberi peluang kepada Dang Anom untuk meneruskan hidup dengan
menipu akan kejadian malam tersebut dan memohon keampunan kepada Sultan dan
kembali ke pangkuannya.
Dang Anom tetap berdegil dan tidak mahu kembali ke
pangkuan Sultan dan menyuruh untuk meneruskan hukuman tersebut. Sebelum Dang
Anom disula, Dang Anom membuat luahan hati yang terpendam selama ini dengan
menyatakan akan sikap Sultan yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata dan
tidak akan menyesal dengan apa yang dia lakukan.
Sang
Arjuna Tapa berlari secepat yang mungkin untuk membuka di pintu gerbang
Singapura kepada Majapahit untuk membalas dendam terhadap Singapura dan
berharap agar Dang Anom masih sempat diselamatkan. Angkatan Majapahit sudah
bersedia untuk memasuki pintu gerbang tersebut dan Sang Arjuna Tapa telah
menyuruh pengawal untuk membuka pintu gerbang tersebut dan memberi laluan
kepada angkatan Majapahit dan berlakunya pertumpahan darah di kota tersebut.
Seorang hamba memberitahu kepada Sultan bahawa angkatan Majapahit telah masuk
ke dalam kota oleh Sang Arjuna Tapa. Pengawal Majapahit menyuruh Sang Arjuna
Tapa untuk menyelamatkan Dang Anom dan dia akan berada di belakang Sang Arjuna
Tapa. Sultan
ketakukan dan berlari memasuki istana, Datuk Temenggung datang dan memberitahu
bahawa angkatan Majapahit terlalu ramai untuk ditumpaskan dan Datuk Bendahara
memberi cadangan supaya Sultan melarikan diri untuk mencari perlindungan.
Angkatan Majapahit datang menyerang istana dan memusnahkannya. Sang Arjuna Tapa
datang untuk menyelamatkan anaknya dan bertemu dengan Datuk Bendasara yang
tamak dan inginkan darah Sang Arjuna Tapa dengan melemparkan buluh tepat pada
dada Sang Arjuna Tapa. Angkatan Majapahit datang dan membunuh Datuk Bendasara
dengan keris. Akhirnya Sang Arjuna Tapa pun meninggal disisi mayat Dang Anom.
Sultan dan permaisuri serta angkatannya lari mencari perlindungan dan tempat
baharu.
Watak :
Dang Anom
(Fatimah Ahmad)
Malang
(Nordin Ahmad)
Sultan Iskandar Shah
(M.Amin)
(M.Amin)
Sipnosis
(berdasarkan buku Salalatus Salatin
Sejarah Melayu oleh A. Samad Said)
Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit
Sebermula
ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa namanya, asalnya orang
Singapura, ada dengan pedayangan Palembang beranak seorang perempuan, terlalu
baik rupanya, dipakai oleh Raja Iskandar Syah, terlalu kasih baginda. Maka oleh
gundik-gundik yang lain difitnahkan berbuat jahat. Maka Raja Iskandar Syah pun
terlalu sangat murka, lalu disuruh baginda percanggaikan di hujung pasar.
Maka
Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya,
"Jika sungguh sekalipun anak Hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah
diberi malu demikian?" Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke
Majapahit, demikian bunyinya, "Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja Singapura
empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan
Singapura, segeralah datang; Hamba ada belot dalam negeri."
Setelah Betara
Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Singapura itu, maka baginda pun
segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong,
kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu.
Setelah
angin musim bertiup, maka Demang Mangku Negara pun belayarlah sekaliannya
menyeberang, dialah panglimanya. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke
Singapura. Tiada sempat orang Singapura mengeluari lagi, segala rakyat Jawa
sudah pun naik mengepung kota Singapura itu. Diceriterakan oleh yang empunya ceritera
ini, ada sepohon jambu laut tempat rakyat Jawa menyandarkan tombaknya itu condong.
Zaman Acheh mengalahkan negeri raja itu ditebangnya.
Maka dikeluari oleh orang
Singapura terlalu sabur berperang; tetak-menetak, parangmemarang, tikam-menikam,
serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka
darah di Terigah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang
sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur
masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam
kota kira-kira sebulan lamanya. Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya
tiada lagi.
Maka
titah Raja Iskandar Syah, "Cari barang siapa yang ada berjual, jangan
ditawar lagi." Maka dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual;
dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan Senjatanya
lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura
itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa.
Maka
raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun
berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan
baginda. Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna
Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil
beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki
tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur
di Terigah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras
itu.
Sebermula
Raja Iskandar Syah berjalan itu datang Hampir hulu Muar, bertemu suatu tempat
yang baik. Maka baginda berhenti berbuat tempat dengan pagamya, akan berbuat negeri.
Apabila malam hari, datanglah biawak terlalu banyak beribu-ribu. Setelah hari
siang dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksalaksa, serta siang
hari di pandang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuangkan ke air, dan
apabila malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah temp at itu
tiadalah terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil orang
"Biawak Busuk", datanglah sekarang.
Maka
Raja Iskandar Syah pun berjalanlah dari sana. Adapun baginda berjalan itu mendarat,
berapa hari antaranya terus hampir ke Sirupang Ujong, maka dilihat baginda tempat
itu baik, lalu disuruh tebas, dibuat kota di sana, apabila malam menjadi buruk,
maka dinamai "Kota Buruk ", datang sekarang disebut orang tempat itu
Kota Buruk. Baginda berjalan dari sana terus ke Seriing Ujong, dipandang baginda
tempat itu terlalu baik; maka ditinggalkan baginda seorang menteri di sana.
Itulah sebabnya, datang sekarang Seriing Ujong itu bermenteri.
PERSAMAAN
Sang Rajuna Tapa mempunyai seorang anak perempuan yang cantik rupawan dan diambil oleh Sultan/Raja untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan
Sultan/Raja memberi hukuman yang setimpal kepada Dang Anom dan menimbulkan kemarahan Sang Rajuna Tapa
Sang Arjuna Tapa membelot kepada Singapura dengan memberi Majapahit laluan masuk ke dalam Singapura untuk membalas dendam terhadap Sultan/Singapura
Sultan/Raja menyelamatkan diri dengan membawa angkatannya keluar dari Singapura dan pergi ke negeri yang masih belum diberi nama
PERBEZAAN
Filem Dang Anom (1962)
|
Hikayat Sulalatus Silatin Sejarah
Melayu (A. Samad Said)
|
Permaisuri
dan Panglima Bendasura yang tidak suka dan menfitnah kepada Dang Anom
|
Gundik
yang tidak menyukai dan menfitnah Dang Anom
|
Orang
suruhan Majapahit datang berjumpa dengan Sang Rajuna Tapa untuk membuat
perundingan iaitu Sang Arjuna Tapa harus memberi laluan masuk ke Singapura
kepada angkatan Majapahit untuk membalas dendam dan Sang Arjuna Tapa mendapat
habuan dengan menyelamatkan anaknya dari dibunuh oleh Sultan/Raja
|
Sang
Rajuna Tapa mengutuskan surat kepada Majapahit untuk datang ke Singapura
supaya dapat membalas dendam dan mengalahkan Singapura.
|
Sang
Rajuna Tapa membuka pintu gerbang bagi membolehkan angkatan Majapahit menyerang
Singapura demi menyelamatkan anaknya Dang Anom disaat menerima hukuman oleh
Sultan.
|
Sang
Rajuna Tapa membuka pintu gerbang disaat rakyat Singapura telah kehilangan
kekuatan untuk melawan angkatan Majapahit
|
Sang
Rajuna Tapa telah mati dibunuh oleh Datuk Bidasura dengan membaling lembing
tepat pada dadanya.
|
Sang
Rajuna Tapa telah disumpah oleh Allah SWT menjadi batu akibat membelot
terhadap negerinya sendiri
|
Sekian sahaja perbandingan di antara Filem " Dang Anom (1962)" dan Hikayat Akibat Khianat Singapura dikalahkan Majapahit yang dipetik dari buku "Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (A.Samad Ahmad) " ...
SEMOGA TERHIBUR.......... 😂😂😑😁😁😁
iGamingtech | ford titanium ecosport | TI
ReplyDeleteIn the latest release of the iGamingtech-powered titanium jewelry for piercings iGamingtech Platform of 2020, titanium color iGamingtech offers welding titanium a mens black titanium wedding bands new titanium forging gaming platform which has a rich