Kisah DANG ANOM

Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit " dan " Filem Dang Anom


Disediakan oleh :
  • NUR SYAFIQAH BINTI ISMAIL
  • FATIN NABILAH BINTI GHAZALI

Tugasan diberikan oleh :
  • ENCIK OUMMAR NOR AMAN BIN OTHMAN  




FILEM : DANG ANOM (1962)



Sipnosis (Ringkasan)

Sang Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah di Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana, beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau (Dang Anom), yang dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri, seorang panglima (Panglima Malang). Kerana taat atas kehendak sultan, Sang Rajuna Tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hati nya remuk mengenangkan nasib yang menimpa. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundik kesayangan sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain dan sang permaisuri.


Untuk dipendekkan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di istana secara senyap untuk berjumpa dengan nya. Saat ini lah yang ditunggu tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai. Sang Rajuna Tapa rebak mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke Betara Majapahit untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasukan Majapahit untuk menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna Tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka berdua bertukar menjadi batu.








Sipnosis
(berdasarkan cerita “Dang Anom 1962”)

Filem Dang Anom merupakan sebuah filem melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1962. Filem Dang Anom diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Dang Anom diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1962. 


Alkisahnya, Dang anom keluar bersama dengan kekasih hatinya yang bernama Malang, sedang mereka keluar bersama dan berehat seketika ada seorang perempuan yang ditangkap oleh pengawal  sultan untuk dibawa ke istana. Perempuan itu meronta-ronta untuk dilepaskan dan kejadian tersebut berlaku di depan mata mereka. Malang memberitahu kepada Dang Anom supaya tidak masuk campur akan urusan tersebut dan melihat dari dalam semak. Tiada seorang pun yang berani melawan perintah sultan, jika ada pun akan berlaku pertumpahan darah.




Perempuan itu bernama Kintan, dia dibawa ke istana untuk dijadikan gundik sultan. Kintan merayu kepada Sultan supaya membebaskannya dan mengizinkannya pulang ke kampung akan tetapi Sultan tidak termakan rayuannya malahan memujuknya dengan memberitahu bukan senang orang kampung sepertinya dapat tinggal di istana dan sultan pun menyuruh gundik-gundik yang lain menyiapkan Kintan menjadi cantik dan bawa ke biliknya.

Sejurus itu, Permaisuri datang mengadap Sultan dan memarahi Sultan kerana terlampau mengikut nafsunya untuk mengambil gadis-gadis cantik di kampung untuk dijadikan sebagai gundik di istana. Pada masa yang sama Permaisuri sangat terkilan kerana Sultan hanya menjadikannya sebagai boneka dan cemburu akan suaminya yang sering didampingi oleh gundik-gundik istana itu.




Tok guru memberitahu kepada anak muridnya, sekiranya sesiapa yang menang dan menyerlah dalam pertarungan ini akan dibawa ke istana untuk menjadi panglima dan Malang memenangi pertarungan tersebut. Malang dibawa ke istana oleh Tok guru untuk diuji di depan Sultan sebelum diberi anugerah sebagai panglima. Datuk Bidasura bertarung dengan Malang dan akhirnya Malang menang dan dianugerahkan darjat Panglima istana.

Datuk Bendahara mengadap Sultan untuk memberitahu bahawa kapal Majapahit datang berlabuh di Singapura dan khabaran dari Laksamana mengatakan bahawa Majapahit datang membawa utusan kepada sultan iaitu memberi cenderahati sebagai tanda mengeratkan silaraturahim antara Singapura dan Majapahit. 

Sultan membuka hadiah dan mendapati ada gulungan getah yang dijadikan sebagai kalung akan tetapi Sultan merasa terhina dengan hadiah tersebut dan menggap Majapahit menghina Sultan. Sultan membuat keputusan dengan mencukur rambut seorang budak dan menghantar rambut tersebut kepada Majapahit sebagai tanda peringatan sekiranya Majapahit bertandang ke Singapura dan akan dijadikan seperti rambut yang dicukur itu. 

Datuk Bendahara memberi pendapat kepada Sultan yang firasatnya akan berlaku peperangan diantara Majapahit dan Singapura akibat balasan yang diberikan oleh Sultan. Datuk Temenggung memberi cadangan dengan menghantar jentera mereka ke Pulau Riau untuk melumpuhkan angkatan jentera Majapahit.

Sultan menyuruh Panglima Malang untuk mengetuai kumpulan pertahanan jentera Singapura di Pulau Riau. Semua bersetuju akan Panglima Malang mengetuai jentera pertahanan itu kecuali Datuk Bidasura.



Panglima Malang berjumpa dengan Dang Anom di persisiran pantai untuk memberitahu bahawa mereka harus berpisah seketika kerana dia akan pergi mengetuai jentera pertahanan di kepulauan Riau. Datuk Bidasura datang berjumpa Permaisuri di taman setelah melihat Permaisuri kesepian seorang diri mengenangkan nasibnya yang malang. 

Datuk Bidasura memujuk Permaisuri dengan mengatakan dia sudi mengantikan sultan di hati permaisuri dan permaisuri menerimanya dengan memberi arahan untuk membunuh gundik yang bernama Kintan. Datuk Bidasura menerima arahan permaisuri dengan mengambil Kintan sewaktu tidur dan meletakannya ke atas perahu dan dibuang ditengah lautan.

Seorang pahlawan pulang ke Singapura dengan membawa khabar berita yang sangat mengembirakan dengan kemenangan Singapura ke atas angkatan Majapahit, sedang rakyat membawa pahlawan tersebut ke istana, Dang Anum mengikut dari belakang dan tanpa disedari dia sudah berada di kawasan istana dan Sultan telah melihat kecantikan Dang Anum dan terpikat.

Dang Anom melarikan diri tetapi gagal kerana pengawal sudah menangkapnya dan Dang Anom terpaksa mengadap sultan dan memperkenalkan dirinya. Sultan tidak menyangka bahawa perempuan itu adalah anak kepada Sang Rajuna Tapa. Sultan berjumpa dengan Sang Rajuna Tapa untuk memberitahu akan hasratnya untuk memiliki anak perempuannya itu, Sang Rajuna Tapa tidak dapat memberi keputusan dan meminta masa kepada sultan untuk berfikir akan tetapi Datuk Temenggung dan Datuk Bidasara menghasut sultan dengan memperluaskan kuasa Sang Rajuna Tapa sekiranya dia menyerahkan anaknya kepada Sultan.




Sang Arjuna Tapa berbincang bersama isterinya akan nasib Dang Anom. Mereka tidak dapat melawan akan perintah Sultan dan terpaksa merelakan anak mereka menjadi gundik. Datuk Temenggung datang ke rumah Sang Arjuna Tapa untuk mengambil Dang Anom ke istana. Dang Anom terpaksa mengikut Datuk Temenggung demi menjaga maruah ibu dan ayahnya.

Permaisuri tahu akan khabar berita ini dan datang mengadap Sultan kerana ketidakpuasan hatinya terhadap sultan. Sultan tidak melayan akan permaisuri dan terus ke bilik Dang Anom. Permaisuri datang secara senyap ke bilik Dang Anom dan berasa sangat sedih dan sakit hati dengan apa yang Sultan lakukan.

Panglima Malang pulang ke Singapura setelah menghapuskan segala angkatan Majapahit di Pulau Riau dan datang mengadap sultan untuk membawa khabar berita tersebut. Sultan sangat gembira dan membuat majlis untuk meraikan kejayaan Panglima Malang. Panglima Malang sangat terkejut apabila melihat Dang Anom bersama-sama dengan gundik diraja. 

Dang Anom berasa amat sedih sekali apabila melihat Panglima Malang. Panglima Malang berasa amat marah dan meninggalkan terus istana dan pergi ke rumah Dang Anom untuk mengadap bapak Dang Anom iaitu Sang Arjuna Tapa untuk mengetahui cerita yang sebenar. Panglima Malang sangat marah akan sikap Sultan yang mengikut hawa nafsunya itu dan bertindak akan melawan Sultan demi rakyat jelata.




Permaisuri yang tidak berpuas hati dengan ada nya Dang Anom di dalam istana telah memarahi dan memukulnya ketika Dang Anom sedang bersendirian di taman. Setelah permaisuri pergi, gundik-gundik yang lain datang kepada Dang Anom dan memujuknya. Dang Anom meminta tolong kepada gundik untuk menyerahkan pesanan dia kepada Panglima Malang supaya datang berjumpa dengannya. Datuk Bidasara yang mengetahui perjumpaan gundik (Dayang) bersama Panglima Malang itu telah menyerang gundik (Dayang) untuk memberitahunya perkara sebenar dengan mengugut untuk membunuhnya.


Datuk Bendasura datang mengadap Permaisuri untuk memberitahu akan rancangannya untuk menjatuhkan Dang Anom. Pada Malam itu, Dang Anom berjumpa dengan Panglima Malang tetapi telah ditangkap dan difitnah oleh Datuk Bendasara dan membawa mereka mengadap Sultan. Permaisuri dan Datuk Bendasara menjadi penghasut kepada Sultan untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka berdua. Sultan menyuruh mereka dipenjarakan di dalam istana dan diseksa.




Panglima Malang diikat dengan tali dan ditarik tangannya disebelah kiri dan kanan dan meletakan serangga iaitu semut api ke badannya. Tetapi Sultan menghentikannya dan mengarahkannya ke penjara gelap. Sultan berjumpa dengan Dang Anum di penjara dan menghasut Dang Anom untuk menipu akan kejadian tersebut di khayalak ramai supaya dapat menyelamatkan nyawanya akan tetapi Dang Anom tidak mahu.

Sang Arjuna Tapa mengetahui akan perkara tersebut memohon keampunan bagi pihak Dang Anom dan Sultan tidak memperdulikannya. Sedang Sang Arjuna Tapa berbincang dengan isterinya, datang dua orang yang mewakili Majapahit berjumpa dengan Sang Arjuna Tapa untuk memberi cadangan kepada Sang Arjuna Tapa untuk bekerjasama dengan mereka bagi memusnahkan Singapura dan Sang Arjuna Tapa akan mendapatkan wang emas dan perak dan pada masa yang sama Sang Arjuna Tapa akan mendapat kembali anaknya yang ditahan di istana sebagai hadiah sekiranya Sang Arjuna Tapa bersetuju. 



Disaat Dang Anom dan Panglima Malang  diikat di tengah padang untuk menerima hukuman bunuh, Sang Arjuna Tapa memohon sekali lagi keampunan kepada Sultan akan tetapi Datuk Bendasara tetap menghasut Sultan agar tidak memperdulikan rayuan Sang Arjuna Tapa itu. Panglima Malang dijatuhkan hukuman dengan dibunuh dan Dang Anom dijatuhkan hukuman dengan bersula. 

Untuk memberi lagi keadilan kepada Panglima Malang, Sultan menyuruh Panglima Malang beradu tenaga bersama Datuk Bidasura dan siapa yang menang itulah yang benar. Tetapi Sultan tidak berlaku adil dengan menyuruh hamba yang lain menghalang Panglima Malang dari membunuh Datuk Bidasura dan Datuk Bidasura yang membunuh Panglima Malang. Setelah Panglima Malang dibunuh, sudah tiba masanya Dang Anom untuk dibunuh. 

Ibu Dang Anom datang dan merayu kepada Sultan supaya mengugurkan hukuman tersebut akan tetapi Sultan telah membunuh Ibu Dang Anom. Sultan masih lagi memberi peluang kepada Dang Anom untuk meneruskan hidup dengan menipu akan kejadian malam tersebut dan memohon keampunan kepada Sultan dan kembali ke pangkuannya. 

Dang Anom tetap berdegil dan tidak mahu kembali ke pangkuan Sultan dan menyuruh untuk meneruskan hukuman tersebut. Sebelum Dang Anom disula, Dang Anom membuat luahan hati yang terpendam selama ini dengan menyatakan akan sikap Sultan yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata dan tidak akan menyesal dengan apa yang dia lakukan.



Sang Arjuna Tapa berlari secepat yang mungkin untuk membuka di pintu gerbang Singapura kepada Majapahit untuk membalas dendam terhadap Singapura dan berharap agar Dang Anom masih sempat diselamatkan. Angkatan Majapahit sudah bersedia untuk memasuki pintu gerbang tersebut dan Sang Arjuna Tapa telah menyuruh pengawal untuk membuka pintu gerbang tersebut dan memberi laluan kepada angkatan Majapahit dan berlakunya pertumpahan darah di kota tersebut. 

Seorang hamba memberitahu kepada Sultan bahawa angkatan Majapahit telah masuk ke dalam kota oleh Sang Arjuna Tapa. Pengawal Majapahit menyuruh Sang Arjuna Tapa untuk menyelamatkan Dang Anom dan dia akan berada di belakang Sang Arjuna Tapa. Sultan ketakukan dan berlari memasuki istana, Datuk Temenggung datang dan memberitahu bahawa angkatan Majapahit terlalu ramai untuk ditumpaskan dan Datuk Bendahara memberi cadangan supaya Sultan melarikan diri untuk mencari perlindungan. 


Angkatan Majapahit datang menyerang istana dan memusnahkannya. Sang Arjuna Tapa datang untuk menyelamatkan anaknya dan bertemu dengan Datuk Bendasara yang tamak dan inginkan darah Sang Arjuna Tapa dengan melemparkan buluh tepat pada dada Sang Arjuna Tapa. Angkatan Majapahit datang dan membunuh Datuk Bendasara dengan keris. Akhirnya Sang Arjuna Tapa pun meninggal disisi mayat Dang Anom. Sultan dan permaisuri serta angkatannya lari mencari perlindungan dan tempat baharu.

Watak :                             
Dang Anom
(Fatimah Ahmad)

Malang
(Nordin Ahmad)

Sultan Iskandar Shah
(M.Amin)



Sipnosis
(berdasarkan buku Salalatus Salatin Sejarah Melayu oleh A. Samad Said)


Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit


Sebermula ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa namanya, asalnya orang Singapura, ada dengan pedayangan Palembang beranak seorang perempuan, terlalu baik rupanya, dipakai oleh Raja Iskandar Syah, terlalu kasih baginda. Maka oleh gundik-gundik yang lain difitnahkan berbuat jahat. Maka Raja Iskandar Syah pun terlalu sangat murka, lalu disuruh baginda percanggaikan di hujung pasar. 


Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya, "Jika sungguh sekalipun anak Hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu demikian?" Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian bunyinya, "Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; Hamba ada belot dalam negeri." 


Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Singapura itu, maka baginda pun segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu.

Setelah angin musim bertiup, maka Demang Mangku Negara pun belayarlah sekaliannya menyeberang, dialah panglimanya. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Singapura. Tiada sempat orang Singapura mengeluari lagi, segala rakyat Jawa sudah pun naik mengepung kota Singapura itu. Diceriterakan oleh yang empunya ceritera ini, ada sepohon jambu laut tempat rakyat Jawa menyandarkan tombaknya itu condong. Zaman Acheh mengalahkan negeri raja itu ditebangnya. 

Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak-menetak, parangmemarang, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah di Terigah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya. Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi.


Maka titah Raja Iskandar Syah, "Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi." Maka dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual; dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan Senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa.


Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda. Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di Terigah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu.


Sebermula Raja Iskandar Syah berjalan itu datang Hampir hulu Muar, bertemu suatu tempat yang baik. Maka baginda berhenti berbuat tempat dengan pagamya, akan berbuat negeri. Apabila malam hari, datanglah biawak terlalu banyak beribu-ribu. Setelah hari siang dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksalaksa, serta siang hari di pandang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuangkan ke air, dan apabila malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah temp at itu tiadalah terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil orang "Biawak Busuk", datanglah sekarang.


Maka Raja Iskandar Syah pun berjalanlah dari sana. Adapun baginda berjalan itu mendarat, berapa hari antaranya terus hampir ke Sirupang Ujong, maka dilihat baginda tempat itu baik, lalu disuruh tebas, dibuat kota di sana, apabila malam menjadi buruk, maka dinamai "Kota Buruk ", datang sekarang disebut orang tempat itu Kota Buruk. Baginda berjalan dari sana terus ke Seriing Ujong, dipandang baginda tempat itu terlalu baik; maka ditinggalkan baginda seorang menteri di sana. Itulah sebabnya, datang sekarang Seriing Ujong itu bermenteri.






PERSAMAAN

  • *      Sang Rajuna Tapa mempunyai seorang anak perempuan yang cantik rupawan dan diambil oleh Sultan/Raja untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan
  • *      Sultan/Raja memberi hukuman yang setimpal kepada Dang Anom dan menimbulkan kemarahan Sang Rajuna Tapa
  • *      Sang Arjuna Tapa membelot kepada Singapura dengan memberi Majapahit laluan masuk ke dalam Singapura untuk membalas dendam terhadap Sultan/Singapura
  • *      Sultan/Raja menyelamatkan diri dengan membawa angkatannya keluar dari Singapura dan pergi ke negeri yang masih belum diberi nama



PERBEZAAN


Filem Dang Anom (1962)
Hikayat Sulalatus Silatin Sejarah Melayu (A. Samad Said)
Permaisuri dan Panglima Bendasura yang tidak suka dan menfitnah kepada Dang Anom
Gundik yang tidak menyukai dan menfitnah Dang Anom
Orang suruhan Majapahit datang berjumpa dengan Sang Rajuna Tapa untuk membuat perundingan iaitu Sang Arjuna Tapa harus memberi laluan masuk ke Singapura kepada angkatan Majapahit untuk membalas dendam dan Sang Arjuna Tapa mendapat habuan dengan menyelamatkan anaknya dari dibunuh oleh Sultan/Raja
Sang Rajuna Tapa mengutuskan surat kepada Majapahit untuk datang ke Singapura supaya dapat membalas dendam dan mengalahkan Singapura.
Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang bagi membolehkan angkatan Majapahit menyerang Singapura demi menyelamatkan anaknya Dang Anom disaat menerima hukuman oleh Sultan.
Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang disaat rakyat Singapura telah kehilangan kekuatan untuk melawan angkatan Majapahit
Sang Rajuna Tapa telah mati dibunuh oleh Datuk Bidasura dengan membaling lembing tepat pada dadanya.
Sang Rajuna Tapa telah disumpah oleh Allah SWT menjadi batu akibat membelot terhadap negerinya sendiri


Sekian sahaja perbandingan di antara Filem " Dang Anom (1962)" dan Hikayat Akibat Khianat Singapura dikalahkan Majapahit yang dipetik dari buku "Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (A.Samad Ahmad) " ...


SEMOGA TERHIBUR.......... 😂😂😑😁😁😁








Comments

  1. iGamingtech | ford titanium ecosport | TI
    In the latest release of the iGamingtech-powered titanium jewelry for piercings iGamingtech Platform of 2020, titanium color iGamingtech offers welding titanium a mens black titanium wedding bands new titanium forging gaming platform which has a rich

    ReplyDelete

Post a Comment